Kenapa Minyak Zaitun Extra Virgin Layak Digelar Superfood?
Minyak zaitun extra virgin merupakan salah satu makanan yang diiktiraf sebagai superfood semula jadi kerana ia mengandungi khasiat yang luar biasa. Ia dihasilkan daripada perahan pertama buah zaitun segar tanpa proses haba yang tinggi dan sebarang campuran bahan kimia. Ini menjadikannya sangat tinggi kandungan antioksidan dan lemak tak tepu yang bagus untuk kesihatan.
Ianya popular dalam kalangan masyarakat Meditteranean, tetapi masih ramai lagi rakyat Malaysia belum menyedari manfaat sebenar minyak zaitun ini. Minyak zaitun bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi boleh juga dijadikan sebagai amalan harian yang menyokong kesihatan jantung, otak, kulit dan sistem penghadaman.
Kita semakin terdedah kepada risiko penyakit kronik disebabkan tabiat makan yang tidak sihat, kurang aktiviti fizikal dan gaya hidup moden yang penuh tekanan. Oleh itu, dengan mengamalkan minyak zaitun secara konsisten boleh menjadi langkah awal bagi mencegah penyakit yang lebih serius