Kolesterol Tinggi Tapi Badan Rasa Sihat? Hati-Hati, Ini Bahaya Senyap

Ramai yang menganggap bahawa kolesterol tinggi hanya berlaku kepada mereka yang tidak menjaga pemakanan atau mengalami obesiti. Tetapi sebenarnya individu yang mempunyai berat badan normal dan kelihatan sihat juga disahkan mempunyai kolesterol tinggi ketika menjalani pemeriksaan kesihatan.

Lebih membimbangkan, keadaan ini sering tidak disedari sehingga berlaku komplikasi serius seperti serangan jantung atau strok. Kolesterol tinggi tidak semestinya menunjukkan gejala yang jelas. Oleh sebab itu, ia sering digelar sebagai “pembunuh senyap”.

Apa Itu Kolesterol dan Mengapa Ia Berbahaya?

Kolesterol ialah sejenis lemak yang terdapat dalam darah manusia. Ia penting untuk membina sel dan menghasilkan hormon tertentu. Namun, jika tahap kolesterol dalam badan terlalu tinggi, ia boleh membahayakan kesihatan

Kolesterol terbahagi kepada dua jenis utama

  • LDL (Low-Density Lipoprotein) atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat.
  • HDL (High-Density Lipoprotein) atau kolesterol baik.

LDL yang berlebihan akan melekat pada dinding salur darah dan akan meyebabkan salur darah menjadi sempit serta keras. Keadaan ini akan menyukarkan aliran darah dan memberi tekanan tambahan kepada jantung. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan serangan jantung atau strok yang membahayakan nyawa.

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Kolesterol Tinggi

Ramai beranggapan bahawa kolesterol tinggi hanya disebabkan oleh pemakanan berlemak. Hakikatnya terdapat pelbagai punca lain yang turut menyumbang kepada keadaan ini:

1. Tekanan dan stress

Stres akan meningkatkan hormon kortisol yang boleh mengganggu keseimbangan lemak dalam darah.

2. Tidur tidak mencukupi

Masalah tidur yang tidak mencukupi akan  menjejaskan proses pemulihan tubuh dan menyebabkan toksin serta lemak berkumpul.

3. Kurang aktiviti fizikal

Gaya hidup yang tidak aktif seperti terlalu banyak duduk boleh menyebabkan lemak tidak terbakar dengan efektif.

4. Faktor keturunan

Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai sejarah kolesterol tinggi atau penyakit jantung, risiko anda juga lebih tinggi.

5. Kurang nutrien pelindung

Tubuh badan memerlukan antioksidan dan vitamin untuk menstabilkan tahap kolesterol dan melindungi sel darah.

Cara Semula Jadi Untuk Turunkan Kolesterol

Selain mengawal pemakanan dan bersenam, anda juga boleh menyokong tubuh dengan mengambil nutrisi semula jadi yang terbukti berkesan membantu menurunkan kolesterol.

1. Tocotrienols (Vitamin E)

Tocotrienols adalah ekstrak vitamin E dari sawit merah yang lebih tinggi antioksidan berbanding vitamin E jenis tocopherol biasa.  Ia membantu untuk:

  • Menurunkan kolesterol jahat (LDL) 
  • Meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Mengurangkan pembentukan plak dalam salur darah
  • Menghalang keradangan pada dinding salur darah

Kajian menunjukkan pengambilan tocotrienols secara konsisten boleh kurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan tahap kolesterol

2. Olivie Plus 30x

Produk ini dihasilkan daripada buah zaitun yang tumbuh di kawasan padang pasir dan kaya dengan polyphenol. Kandungan antioksidan (hydroxytyrosol) 30 kali lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa. Ia bertindak sebagai antioksidan yang sangat kuat dan membantu:

  • Membersihkan salur darah
  • Mengurangkan tekanan oksidatif
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Menyokong fungsi jantung dan imuniti

Kesimpulan

Kolesterol tinggi tidak menimbulkan gejala pada tahap awal, tetapi kesannya sangat membahayakan untuk masa hadapan. Oleh itu, kita perlu mula menjaga kesihatan sebelum timbul gejala atau komplikasi. Pengambilan  Tocotrienols dan Olivie Plus 30x boleh menjadi langkah pencegahan yang selamat dan berkesan untuk kolesterol dan kesihatan menyeluruh. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *